Rebate

rebate instaforex malaysia broker

InstaForex rebate adalah satu sistem pengembalian caj yang telah anda bayar kepada broker InstaForex, iaitu spread. Setiap dagangan yang anda buat dikenakan spread dalam pips (nilainya bergantung dengan pair dan lot). Dengan menyertai program rebate ini anda boleh mendapatkan semula sebahagian daripada kos yang telah anda keluarkan.

Rebate yang kami berikan bernilai 1.5 pips. Anda tidak akan mendapat rebet setinggi ini jika dengan broker lain. Ia dibayar untuk setiap trade yang telah ditutup, tidak kira trade tersebut untung atau rugi.

Contoh:

Anda trade dengan 10.00 lot (nilai 1 pips = 10 USD).

Jadi rebate anda, 1.5 pips x 10.00 lot = 15 USD.

Bagaimana rebate dibayar kepada anda?

Terus ke akaun InstaForex secara automatik selepas 2 hari dagangan ditutup.

Syarat yang perlu dipatuhi

Mesti close trade minimum 1 pip untung atau rugi.

Mesti trade menggunakan akaun trading khas rebate. Sila ikut panduan di bawah untuk membuka akaun baru.

Cara mendaftar

1. Buka akaun baru khas untuk rebate.

  • Klik sini.
  • Lengkapkan borang pendaftaran seperti biasa.
  • Semasa melengkapkan borang tersebut, pastikan ruangan “Affiliate Code” TIDAK diisi (biarkan kosong).

2. Daftar akaun baru tersebut ke dalam program rebate.

  • Klik sini.
  • Masukkan no. akaun trading yang baru tadi, nama penuh, telefon dan email.
  • Anda akan mendapat email pengesahan sekiranya pendaftaran berjaya.
Advertisements